Kita yang ada di muka bumi, lahir dari berjuta juta sperma yang berjaya. Tak mau cita bab tu, siapa lah cheq kan? Satgi ada ja yang nak kecam
Ya, kita punya akal untuk fikir apa yang baik, apa yang buruk. Biarlah apapun orang lain nak ucap atau perlekeh, aku tetap akan teruskan niat untuk buat hingga berjaya. Ada dua jenis manusia, manusia baik, manusia tidak baik. Kadang luaran nampak baik, auratnya ditutup rapi, tapi dalamannya tidak cukup bersih. Ada sahaja, yang salah di matanya. Dia sahaja yang betul. Manusia yang baik, walau tak berapa nak cukup sifat warak nya, tapi dalamannya Subhanallah, orang kata macam Malaikat.
Pakaian tidak langsung melambangkan betapa dalamnya anda tentang Islam. Buang label tersebut. Jangan cepat melabel seseorang dengan hanya tutur kata yang dikeluarkan. Begitu juga dengan fahaman tentang Islam. Ianya sangat mudah sebenarnya, tapi manusia suka "complicate" the facts. Nak kata belajaq sampai PHD, biasa sahaja. Sebagai conoh, cara pakai telekung dengan tutup sepenuhnya bahagian dagu, ada Ulama kata itu sebaiknya. Ada juga fahaman yang katakan tak perlu tutup sepenuhnya.
Dalam Quran sendiri, surah Al Kafirun, Tuhan katakan walaupun dia bukan seagama dengan kita, tapi kita harus hormat akan agamanya. Allah itu Esa, Allah itu Satu, agama lain pun. Bila isu Wahabi lah, Salafi lah....hang sapa? Islam kan?? Manusia suka nak caro hal untuk tunjuk dialah yang bagus dari segi agama, semua bendalah dia tahu. Maka hang nak bagitau yang sorang nie hanya kerna ia faham satu dari bab hukum, terus nak label, pendekatan satu ulama untuk dirangkumkan. Kita nie manusia yang kena terus belajar dan belajar. Mula lah dengan satu. Yang penting, satu itu di pelajar hingga habis. Bukanlah, semua Habib anda ikut serta turut serta apa jua ilmu taklim, anda label macam kita nie bodoh.
Itu yang aku tak berapa suka, bila Ilmu yang Allah berikan, diperlekehkan oleg golongan yang sedikit warak dari segi penampilan.
Ya, aku tak harus fokus pada apa orang kata, tapi impaknya...uish...bagai di tumbuk hingga pengsan. tapi aku bangkit. Ya, tak guna lawan. Tak guna berbahas. Biarlah aku temui jalan yang baik di sisiNya. Itu lebih utama. Persahabatan itu harus dijaga, tapi jika derita yang diterima. Itu bukan kawan.
Aku sedih, aku berduka. Tidak bermakna, aku kalah. Aku tidak mahu menang, tapi biarlah hidup aku tidak terus disalut dengan manusia yang kononnya bagus, tapi jijik untuk bersama
Aku mohon maaf jika bunyi kasar, tapi itulah hakikatnya manusia d akhir zaman. Ya, seperti ingin berlawan mencari siapa yang benar, siapa yang salah.
Mungkin juga memang aku ambik pendekatan yang sangat sempit, tapi itulah aku. Moga dia temui jalan yang memang sudah di depan mata, cuma tidak pada mata hatinya